August 25, 2009

Antara klip video hasil WaveArt Production

Klip video yang anda saksikan ini adalah hasil klip video yang telah di buat oleh WaveArt Production.
Kepada anda yang berminat untuk membuat klip video atau membuat lagu bolehlah berhubung dengan kami di sini




August 23, 2009

Syukur Ramadhan Tiba, Salam Ramadhan Al-Mubarak 1430H



Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk beramal sebanyak-banyaknya dan beribadah di bulan mulia dan barakah. Bersyukur, kehadrat allah. Peluang ini tidak dilepaskan untuk memohon keampunan, mensyukuri dan menikmati ibadah sebenar sebagai seorang yang beragama islam.

Jika kita renung seketika, berapa ramai saudara-saudara kita yang tidak sempat bersama di bulan mulia ini. Berapa ramai yang tidak dapat jalani ibadah ini dengan sempurna, mungkin kerana masalah kemiskinan, peperangan, dihimpit oleh kekejaman politik, tiada makanan dan sebagainya.

Kita? Ya kita menjalani ibadah puasa dengan cukup sempurna. Cukup selesa dan aman damai. Mengerjakan terawih dalam masjid besar atau surau yang berkipas, dingin dan selesa. Mengerjakan ibadah puasa disiang hari dan menjaga anggota badan tanpa ada gangguan atau paksaan. Syukur!

Renungkan doa malaikat Jibril menjelang ramadhan,

“Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut,

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada),
* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri,
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. “

Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah SAW dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat. Subhanallah.

Akhir sekali dikesempatan ini, aku (Mohd.Denny@siiputt) memohon ampun dan maaf kepada semua rakan-rakan blog dan pembaca setia blog ini jika ada kesalahan yang berbentuk verbal atau penulisan.

August 17, 2009

Shah Rukh Khan ditahan


Bintang Bollywood Shah Rukh Khan ditahan selama dua jam di lapangan terbang Amerika Serikat sebelum dilepaskan oleh petugas imigresen.
Pelakon itu yang bergelar Raja Bollywood berkata, dia disoal siasat di lapangan terbang tersebut selama dua jam tetapi dibebaskan selepas Kedutaan India bertindak campur tangan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Kerajaan India menyatakan insiden seperti itu banyak berlaku di AS. “Khan ialah nama Islam dan saya fikir nama itu terdapat dalam senarai pengawasan ketat mereka,” kata aktor berusia 43 tahun itu menerusi telefon dari Chicago, AS.

Shah Rukh yang dilabel antara 50 lelaki paling berpengaruh di dunia pada tahun lalu oleh majalah AS, Newsweek ditahan oleh beberapa pegawai imigresen.

Mereka mahu mengenal pasti motif lawatannya ke negara kuasa besar itu selepas namanya tiba-tiba terdapat pada skrin komputer kaunter ketibaan di lapangan terbang tersebut.

“Saya sedang menunggu bagasi saya. Saya berpendapat adalah sesuatu yang baik apabila mereka (pegawai-pegawai imigresen) akan membawa saya ke sebuah bilik lain tetapi sebenarnya ia merupakan pemeriksaan kedua,” katanya.

Menurut aktor yang pernah berlakon bersama Kajol dalam filem Dilwale Dulhania Le Jayenge itu, kejadian itu berlaku semasa dia sedang dalam perjalanan menuju ke Chicago.

August 13, 2009

UTARA.FM MENCIPTA REKOD


Utara.FM akan melakar sejarah tersendiri dalam dunia radio online internet di Sabah dengan menjalankan satu program Mencipta Rekod Bersiaran Tanpa Henti, 48 Jam Bersama DJ Utara.FM yang akan diadakan di Hotel Marudu Inn bermula pada jam 6.00 petang 14 Ogos sehingga 6.00 petang 16 Ogos 2009.kepada rakan-rakan yang berkesempatan boleh la datang beramai-ramai untuk menyaksikan sendiri atau berjumpa DJ-DJ Utara.FM seperti DJ.Rumputt,DJ.siiputt,DJ.kupang,DJ.MKA,DJ.Aldusuni,DJ.Tompinai dan DJ.NONG

August 11, 2009

Mini Konsert Jelajah Felix Agus

Felix Agus akan membuat konsert di DEWAN MASYARAKAT KOTA MARUDU pada 26 OGOS 2009 8.30 MALAM. Kepada rakan-rakan yang berada di sekitar Kota Marudu, Pitas dan juga Kudat agar dapat menyaksikan konsert Felix Agus ini, disamping itu anda juga berpeluang berjumpa DJ Utara.FM yang mana akan bersiaran langsung ketika itu.

TERIMA KASIH OTAIII..

Terima kasih kepada otai siiputt iaitu Ramli Ahmad, selaku pengarah Telemovie "Cinta Itu Anugerah".Ramli Ahmad adalah pengarah tetap di syarikat SKYLASER SDN.BDH. Apa pun syabas dan tahniah kepada Ramli Ahmad kerana telah berjaya mengarahkan banyak telemovie-telemovie yang best..

PELANCARAN UTARA.FM

Ketika pelancaran Utara.FM di ranau baru-baru ini selain dari DJ, siiputt juga telah menjadi juru kamera untuk Utara.FM yang telah di lancarkan oleh mantan perdana menteri kita iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 25hb Julai 2009, bertempat di Rest House Lohan Ranau.


August 7, 2009

TERIMA KASIH

Terima kasih kepada semua rakan-rakan artis sabah dan juga kepada syarikat-syarikat penerbitan kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menyunting telemovie dan juga MTV karaoke... Terima kasih banyak-banyak juga kepada Otai saya iaitu Ramli Ahmad selaku Pengarah telemovie " Cinta Itu Anugerah" sebab memberi penuh kepercayaan kepada saya untuk menyunting Telemovie tersebut.

S.Welly




Tajuk : S.Welly Vol 1

Suntungan : Mohd.Denny Tsen@siiputt & Rumputt

Arahan : Mohd.Denny Tsen@siiputt

Album pertama S.Welly vol 1 adalah terbitan dan edaran
" Bayo Pictures Sdn. Bhd
Siiputt & Rumputt adalah penyunting bagi klip video album tersebut..

Album MTV Karaoke RONN


Tajuk : Langad

Album : Ronn

Suntingan : Mohd.Denny Tsen@siiputt

Arahan : Mohd.Denny Tsen@siiputt

Album MTV Karaoke Ronn " Langad" kini ada di pasaran...
Album ini di buat sepenuhnya oleh siiputt dari proses awal iaitu pengambaran sampailah ke proses suntingan...Alhamdulilah...album ini dengan jayanya dapat siiputt siapkan..
Kepada Peminat-peminat Ronn, siiputt ucapkan terima kasih banyak-banyak sebeb membeli album Ronn...

Cinta Itu Anugerah



Tajuk : Cinta Itu Anugerah (C.I.A)

Pelakon : Den Bisa. Clarice J. Matha, Nabila, Mat Congo

Suntingan : Mohd.Denny Tsen@siiputt

Arahan : Ramli Ahmad
S I N O P S I S
Selepas menerima rawatan selama 4 bulan, Den dibenarkan pulang dengan fikiran yang masih kusut. Setiap petang Den akan mencari dan menanti Mimi, bekas kekasihnya yang menghilang diri secara tiba-tiba.

Heemmmmm...Heeemmm....
Ah..ni pula Telemovie pertama yang siiputt sunting...
Telemovie ini terbitan dan edaran SKYLASER SDN.BHD ah..pengarahnya pula Otai siiputt iaitu Ramli Ahmad@Ramli Ahmed Carlo, Otai ini banyak membantu siiputt selama ini dalam menaikan lagi nama siiputt@Mohd.Denny Tsen dalam industri ini sebagai editor Sabah..

Esther Esthera


Tajuk : Esther Esthera

Pelakon : Ivye Alexandera, Dedy M. Borhan, Sufian Buang

Suntingan Awal : Mohd.Denny Tsen

Suntingan Akhir : Kay@WORM

Arahan : Ramli Ahmad

S I N O P S I S
Esther Esthera merupakan kisah keluarga Datuk Sam Gunther yang mempunyai seorang anak leleaki iaitu Francis dan Pasangan kembar iaitu Esther dan Esthee. Iyan merupakan anak bekas orang gaji Datuk Sam tetapi masih duduk menumpang di tanah kepunyaan Datuk Sam bersama neneknya. Apakah kesudahan kisah cinta Esther dan Iyan? Apakah mereka dapat mengharungi pelbagai rintangan demi cinta mereka? Kehadiran teman dan keluarga Esther turut mewarnai kisah ini. Sedikit unsur komedi dalam cerita ini sudah tentu membuat anda tidak kering gusi menonton kisah masyarakat indigenous Sabah.

Wakakakakakak....

Ini pula telemovie yang kedua siiputt buat bersama Otai siiputt iaitu Ramli Ahmad...

Template by:
Free Blog Templates