Bintang Bollywood Shah Rukh Khan ditahan selama dua jam di lapangan terbang Amerika Serikat sebelum dilepaskan oleh petugas imigresen.
Pelakon itu yang bergelar Raja Bollywood berkata, dia disoal siasat di lapangan terbang tersebut selama dua jam tetapi dibebaskan selepas Kedutaan India bertindak campur tangan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Kerajaan India menyatakan insiden seperti itu banyak berlaku di AS. “Khan ialah nama Islam dan saya fikir nama itu terdapat dalam senarai pengawasan ketat mereka,” kata aktor berusia 43 tahun itu menerusi telefon dari Chicago, AS.
Shah Rukh yang dilabel antara 50 lelaki paling berpengaruh di dunia pada tahun lalu oleh majalah AS, Newsweek ditahan oleh beberapa pegawai imigresen.
Mereka mahu mengenal pasti motif lawatannya ke negara kuasa besar itu selepas namanya tiba-tiba terdapat pada skrin komputer kaunter ketibaan di lapangan terbang tersebut.
“Saya sedang menunggu bagasi saya. Saya berpendapat adalah sesuatu yang baik apabila mereka (pegawai-pegawai imigresen) akan membawa saya ke sebuah bilik lain tetapi sebenarnya ia merupakan pemeriksaan kedua,” katanya.
Menurut aktor yang pernah berlakon bersama Kajol dalam filem Dilwale Dulhania Le Jayenge itu, kejadian itu berlaku semasa dia sedang dalam perjalanan menuju ke Chicago.
0 comments:
Post a Comment